Kes rasuah projek MRT lebih RM650 juta, tiga pengarah syarikat kejuruteraan direman - Utusan Malaysia

Kes rasuah projek MRT lebih RM650 juta, tiga pengarah syarikat kejuruteraan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga individu ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan transit aliran massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Mereka yang ditahan reman adalah tiga pengarah syarikat kejuruteraan termasuk seorang wanita berusia antara 43 hingga 52 tahun.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman atas faktor kesihatan.

Namun begitu, kedua-dua mereka akan diperintah hadir ke pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan tersebut termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat terbabit sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada tahun 2017.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 16 ASPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN