Kes jenayah di Klang Utara turun 11 peratus

Kes jenayah di Klang Utara turun 11 peratus

VIJAYA Rao Samachulu (depan dua dari kiri) sedang memeriksa perbarisan anggota sempena Hari Polis Ke-215 peringkat IPD Klang Utara di Balai Polis Kapar di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kes jenayah di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara turun 11 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu walaupun berlaku pengurangan kes jenayah, namun kes melibatkan harta benda masih ada.

“Kes seperti curi kenderaan seperti motosikal dan pecah rumah masih ada dan kita akan terus memantau dan meneruskan siasatan.

“Buat masa ini kes ragut tiada. Saya berharap kesemua kes dapat dikurangkan,” katanya selepas menghadiri Program Hari Polis Kali Ke 215 peringkat IPD Klang Utara di Balai Polis Kapar hari ini.

Beliau menambah, kejayaan mengurangkan kadar jenayah adalah hasil kerjasama pihak polis dan orang awam.

Menurutnya Vijaya Rao lagi, tanpa kerjasama erat tersebut pengurangan jenayah lebih 10 peratus tersebut sukar dicapai.

“Hari ini kita menyampaikan penghargaan kepada 30  anggota dan 20 orang awam yang banyak membantu kita.

“Orang awam bukan sahaja membantu kita memerangi jenayah malahan menghulurkan bantuan semasa banjir baru-baru ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN