Kes Covid-19, ICU catat penurunan

Kes Covid-19, ICU catat penurunan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 21,839 kes berbanding kelmarin, 24,316 kes sekali gus diatasi 22,324 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 291 kes berbanding kelmarin, 321 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 188 kes berbanding kelmarin, 194 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,923 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 242 kluster berbanding kelmarin, 251 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,681 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 139 kes daripada 21,839 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 21,700 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 139 kes kategori tiga, empat dan lima, 32 kes (23.02 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 69 kes (49.64 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 38 kes (27.34 peratus) telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 81 kes (58.27 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 78 kes (56.12 peratus) mempunyai komorbid dan tiga kes (2.16 peratus) kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sedikit menurun sebanyak 52 kes berbanding semalam, 64 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,717 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 15 daripada 52 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,318 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya