Kerjasama PN tak ikut perlembagaan Pas - Khairuddin - Utusan Malaysia

Kerjasama PN tak ikut perlembagaan Pas – Khairuddin

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali mendakwa Pas melanggar perlembagaan parti berhubung kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berbanding kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu berkata, ini berikutan kerjasama bersama PN itu tidak melalui kertas kerja dan dirunding bersama kepimpinan tertinggi parti itu.

“Dalam PN tak ikut lunas perlembagaan parti, dia (presiden hanya) tandatangan surat…dengan mesyuarat dua, tiga orang saja.

“Tandatangan tanpa bawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, tanpa kertas kerja Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibahaskan, untuk dilihat dari segi siasah syariah, maqasid syariah belum setuju dah lulus, ini kesilapan,” katanya dalam temu bual disiarkan Bernama TV, malam tadi.

Menurut Khairuddin, perkara itu berbeza dengan rundingan MN yang dimeterai bersama UMNO sebelum ini yang mengikut saluran dan rundingan bersama kepimpinan tertingggi sewajarnya.

“Dasar parti sangat hebat, bermula kertas kerja peringkat Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Syura Ulama berkaitan kerjasama dengan parti lain, setelah dipersetujui Majlis Syura Ulama, dibawa ke dua kali Muktamar Pas pada 2018 dan 2019.

“Akhirnya setuju untuk tubuhkan MN. Draf bawa Jawatankuasa Pas Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama, turunkan ke Pusat untuk dibetulkan, dibawa (semula) ke Majlis Syura, barulah ditandatangani di depan pimpinan Pas dan UMNO di PWTC pada 14 September 2019.

“Ini contoh proses dalam parti, tapi apa berlaku dalam PN?” Soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya