Kereta dipandu warga emas rempuh kedai makan - Utusan Malaysia

Kereta dipandu warga emas rempuh kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara pitam, seorang warga emas tertekan pedal minyak yang disangka brek sehingga kereta Toyota Vios dipandu merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, wanita warga emas berusia 53 tahun itu tiba di kawasan parkir di hadapan kedai makan sebelum pitam dan mahu menekan brek.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, bagaimanapun, warga emas tersebut tersilap apabila tertekan pedal minyak dan gagal kenderaannya gagal dikawal lalu  melanggar sebuah motosikal di kawasan parking kedai dan seterusnya merempuh masuk ke dalam kedai makan sebelum melanggar peralatan di dalam kedai.

Menurut beliau, akibatrempuhan itu, seorang pelanggan wanita sedang mengambil makanan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pelanggan lain  di dalam kedai makan itu tidak mengalami kecederaan.

“Pemilik kedai mengalami kerosakan pada harta benda sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya