Kerajaan teliti kaji semula harga siling kit ujian

Kerajaan teliti kaji semula harga siling kit ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) yang menjadi barang keperluan rakyat ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,  harga maksimum kit ujian ini telah ditetapkan RM19.90 di peringkat runcit dan RM16.00 di peringkat borong di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

ALEXANDER NANTHA LINGGI

Beliau berkata, dalam aspek keberadaan bekalan di pasaran, kerajaan telah mewartakan kit ujian sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November 2021 yang lalu dan  dikuatkuasakan pada 1 Disember tahun lepas.

“Bagi menjamin kestabilan harga dan keberadaan bekalan pelitup muka pula, kementerian tmewartakannya sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan menetapkan harga maksimum bagi pelitup muka ini di bawah Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.7) 2020 pada 1 November 2020. 

“Pada masa ini, harga maksimum peringkat runcit untuk pelitup muka satu lapisan ialah 7 sen seunit, dua lapisan pada harga 20 sen seunit dan tiga lapisan pada harga 70 sen seunit,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) apakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling pelitup muka serta kit ujian kendiri Covid-19, seterusnya menetapkan harga siling oximeter dan penyukat suhu yang menjadi barangan keperluan ketika ini.

Menjawab pertanyaan mengenai harga siling oximeter dan penyukat suhu, Alexander berkata, ketetapan harga bagi peranti itu dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya