Kerajaan Selangor kukuh sehingga habis penggal

Kerajaan Selangor kukuh sehingga habis penggal

Insentif PH Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibuat lebih awal, sebaliknya kedudukan kerajaan negeri akan dikekalkan sehingga habis penggal yang masih berbaki lagi setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tiada keperluan untuk membubarkan DUN apabila kerajaan pimpinannya mempunyai sokongan majoriti yang kukuh iaitu dua pertiga dalam dewan negeri.

“Baru-baru ini, saya ada membuat perbincangan dengan beberapa Menteri Besar yang dikuasai kerajaan PH dan kami sepakat untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Jadi, lebih baik kita fokus kepada hal yang melibatkan kepentingan rakyat berbanding survival beberapa parti politik Untuk Selangor, beberapa projek berkepentingan rakyat akan dilaksanakan kerajaan terkini seperti Skim Jaminan Air Mentah (SeJAM) yang akan dibuat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor (SRAMS) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu yang juga Pengerusi PH Selangor meminta semua parti lawan bersabar sehingga tibanya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menawan Selangor.

Sejak berakhirnya PRU-14, tiga buah negeri iaitu Sabah, Melaka dan Johor telah mengadakan PRN kerana pihak kerajaan kesemua negeri itu tidak memiliki kerusi majoriti.

Malah, Johor baharu sahaja selesai menjalani PRN pada Sabtu lalu dengan keputusan memihak kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya memperoleh keputusan majoriti dua pertiga, apabila memenangi 40 kerusi DUN daripada 56 kerusi dipertandingkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya