Kerajaan NS perinci laksana sidang DUN secara hibrid - Utusan Malaysia

Kerajaan NS perinci laksana sidang DUN secara hibrid

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang memperincikan cadangan untuk menjalankan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara hibrid pada masa akan datang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hasrat tersebut dilihat sebagai kaedah sekiranya berlaku sesuatu perkara yang berkeperluan khas seperti bencana.

Baagaimanapun menurut beliau, kerajaan negeri akan mendapat persetujuan dan kelulusan terlebih dahulu di peringkat DUN.

“Kerajaan negeri telah bentangkan laporan bagaimana untuk menjalankan mesyuarat secara hibrid,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, jika perkara itu diluluskan kelak ia akan dapat memudahkan semua Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) ketika berlaku sebarang kejadian seperti bencana atau darurat secara pentadbiran. 

“Sekiranya diluluskan ia dapat memudahkan ADUN yang berada di luar daerah untuk menyertai mesyuarat berkenaan sekali gus dapat meneruskan agenda mesyuarat tanpa sebarang penangguhan,” katanya. 

Sementara itu, Aminuddin menjelaskan, Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14, yang ditangguhkan sebelum ini akan bersidang pada 18 hingga 21 April depan. 

Kata beliau, persidangan yang akan diadakan pada bulan Ramadan itu selepas mendapat perkenan daripada  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sebelum ini, persidangan terbabit yang sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 24 Mac lalu ditangguhkan selepas berlaku jangkitan Covid-19 termasuk melibatkan Yang Dipertua DUN iaitu Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Yang Dipertua DUN, Datuk M. Ravi serta petugas dewan.

Dalam pada Menteri Besar menjelaskan, banyak agensi di negeri ini yang boleh boleh menghulurkan bantuan sekiranya terdapat pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki bantuan pelajaran termasuk komputer riba antaranya termasuk Yayasan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya