Kerajaan negeri jual minyak masak RM2

Kerajaan negeri jual minyak masak RM2

IZHAM Hashim (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (kanan) sewaktu menandatangani MOU antara PKPS dan PNSB di Wisma PKPS Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif menjual sendiri minyak masak paket pada harga RM2.00 seunit sebagai langkah intervensi terbaharu untuk membantu rakyat negeri mengurangkan kos hidup.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, pihaknya bercadang menjual minyak masak tersebut dengan harga tersebut berbanding harga pasaran RM2.43 seunit.

“Kita akan memulakan pemasaran sebanyak 50 kotak minyak masak tersebut dengan setiap kotak terdapat 17 paket pada Program Jualan Prihatin Rakyat pada masa terdekat.

“Fokus kita untuk membantu orang ramai mendapatkan minyak masak tersebut dan setiap pembelian dihadkan untuk beberapa unit setiap orang.Kita tidak mahu golongan peniaga yang membeli dengan kuantiti banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Wisma PKPS hari ini.

Izham menambah, program intervensi sebelum ini melibatkan penjualan ayam, telur ayam, daging dan ikan.

“Menerusi siri jualan melibatkan program intervensi tersebut sebanyak RM496,852 hasil jualan melibatkan kesemua produk tersebut. Daripada jumlah itu, rakyat Selangor telah menikmati penjimatan sebanyak RM149,619.30 memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa,” jelasnya.

Jelasnya lagi, menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini Program Jualan Prihatin tersebut akan diperbanyakkan di beberapa kawasan.

Beliau menambah, program tersebut akan diadakan setiap hari menjelang beberapa hari sebelum hari raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya