Kerajaan Kedah bincang SOP ke masjid, tempat awam

Kerajaan Kedah bincang SOP ke masjid, tempat awam

MOHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kerajaan negeri akan membincangkan beberapa perkara mengenai prosedur operasi standard (SOP) ke masjid serta tempat-tempat awam di Kedah, termasuk berkaitan keperluan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum hadir ke lokasi tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang akan bersidang dalam masa terdekat.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu diadakan susulan peningkatan kes Covid-19 yang kian meningkat di seluruh negara termasuk di Kedah.

“Saya dah panggil mesyuarat jawatankuasa keselamatan negeri yang akan bermesyuarat dalam sehari dua ini untuk lihat semua kemungkinan termasuk sama ada terdapat keperluan untuk mendapatkan suntikan penggalak sebelum ke masjid dan tempat-tempat awam.

“Kita akan kaji mengenai perkara itu dalam mesyuarat akan datang. Dalam keadaan kes yang meningkat di seluruh negara, kita harap masyarakat dapat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah di Pekan Naka, di sini hari ini.

Sekolah tersebut yang menelan belanja sebanyak RM2 juta, dibina hasil derma dan wakaf oleh orang ramai terutamanya penduduk di sekitar Pekan Naka.

Muhammad Sanusi menambah, beliau setakat ini belum pasti mengenai jumlah individu yang telah mendapatkan suntikan penggalak di Kedah namun memaklumkan jumlah kanak-kanak yang sudah menerima vaksin kini mencecah 51,000 orang

“Kita juga tetapkan pekeliling kalau cuma seorang saja yang disahkan positif Covid-19, tak bolehlah pejabat nak tutup semua. Cuma individu yang positif itu saja berehat di rumah manakala yang lain perlu bekerja.

“Kontak rapat yang tidak bergejala juga kena kerja. Begitupun buat masa sekarang, banyak mesyuarat kerajaan yang kembali dibuat secara dalam talian dan bukan lagi dilaksanakan secara pertemuan fizikal,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, program-program berkaitan kerajaan negeri kini turut dihadkan sebagai usaha bagi mengekang penularan penyakit itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya