Kerajaan digesa cari punca sebenar kejadian tanah runtuh berlaku - Utusan Malaysia

Kerajaan digesa cari punca sebenar kejadian tanah runtuh berlaku

KEADAAN Taman Bukit Permai di Ampang yang terlibat dengan kejadian tanah runruh pada 10 Mac 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menjalankan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar bagaimana kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 dekat sini, kelmarin berlaku.

Seorang penduduk di Taman Mega Jaya yang terletak bersebelahan lokasi kejadian, Asmah Md. Taib,72, mendakwa kawasan kediamannya yang dibina pada 1990-an didakwa dibangunkan di kawasan tanah hutan rezab.

Malah dakwa Asmah, dia yang telah tinggal sejak 1986 mendakwa, pembinaan perumahan Taman Bukit Permai 1 di atas bukit berhampiran juga dipercayai menyumbang kepada kejadian itu.

“Sejak mula pembinaan (Taman Bukit Permai 1), sudah ada masalah apabila mereka letupkan batuan di atas hingga menyebabkan kereta dan bumbung penduduk di sini rosak termasuk kereta saya.

“Apabila saya balik bercuti ketika bertugas di Amerika Syarikat (AS) pada 1996, taman perumahan Taman Bukit Permai 2 di belakang rumah pula siap.

“Bagaimana kawasan itu boleh dijadikan perumahan kerana setahu saya ia adalah tanah rezab,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dakwa Asmah, ketika awal mendiami kawasan itu, terdapat sebuah anak sungai di belakang kediamannya berhampiran kawasan yang runtuh tetapi kini sudah tiada.

“Kita minta pihak kerajaan menyiasat perkara ini kerana kita percaya rentetan pembangunan yang berjalan di kawasan ini tanpa kawalan sejak 30 tahun membawa kepada bencana yang berlaku kelmarin.

“Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi apabila kejadian ini berlaku, kita cuma mahu pihak berkaitan menyiasat punca kejadian seperti ini boleh berlaku termasuk pemaju dan pihak yang meluluskan projek,” jelasnya.

Asmah yang juga seorang pesara kerajaan berkata, kejadian yang berlaku kelmarin turut merosakkan bahagian belakang kediamannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN