Keputusan PRN Johor tidak pengaruhi PN Pulau Pinang 

Keputusan PRN Johor tidak pengaruhi PN Pulau Pinang 

SHABUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Keputusan sama ada Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau tidak minggu depan sama sekali tidak akan mempengaruhi PN di Pulau Pinang. 

Pengerusi PN negeri, Datuk Shabudin Yahaya berkata, ini kerana kedua-dua negeri memiliki entiti politik yang berbeza walaupun terdiri daripada tiga parti komponen yang sama iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan. 

“Kalau kita lihat, persediaan PN di Pulau Pinang adalah tetap sama iaitu untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU-15) mengikut kerusi-kerusi yang akan dimuktamadkan pada masa akan datang. 

“Jadi, senario di Johor dan Pulau Pinang tidak sama. Apa yang akan berlaku di Pulau Pinang juga tidak akan sama seperti apa yang berlaku di Johor,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor ditemui ketika menghadiri Program Sumbangan Kembali ke Sekolah di pekarangan pusat khidmat Parlimen berkenaan, di sini hari ini. 

Sebanyak 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi oleh PN pada PRN Johor dengan 33 daripadanya diperuntukkan untuk Bersatu, 15 kerusi untuk Pas dan selebihnya untuk Gerakan. 

Turut meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN dalam pilihan raya itu ialah Barisan Nasional (BN). 

Dalam pada itu Shabudin berkata, sehingga kini hubungan antara Bersatu, Pas dan Gerakan di Pulau Pinang amat kuat dan kukuh dalam merangka strategi terbaik untuk menghadapi PRU-15 selepas ini. 

“Pendek kata, kerjasama erat ini (PN di Pulau Pinang) terhasil daripada kerjasama kuat di peringkat Pusat (pucuk pimpinan PN),” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya