Kenderaan bawa Hasni menuju ke Istana Bukit Serene - Utusan Malaysia

Kenderaan bawa Hasni menuju ke Istana Bukit Serene

KENDERAAN membawa Hasni Mohammad yang keluar dari pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dilihat meninggalkan perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana dipercayai menuju ke Istana Bukit Serene, di sini sebentar tadi.

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam itu meninggalkan Saujana pada pukul 2.24 petang.

Kehadiran Hasni itu dipercayai untuk ke istiadat angkat sumpah dan penyerahan watikah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-19.

Semalam, Hasni dalam satu kenyataan telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, cadangan itu berlandaskan faktor sokongan dan kedudukan anak muda yang penting dalam pembangunan Johor.

Semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengangkat Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya gabungan itu menang, malah turut dijadikan poster boy sepanjang kempen berlangsung.

Kenyataan Hasni itu bagai memberi bayangan bahawa beliau bukan lagi calon untuk dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.

Hasni sebelum ini menjadi watak penting dalam membantu BN memenangi lebih dua pertiga majoriti dengan memperoleh 40 daripada 56 yang dipertandingkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya