Kena ada ilmu, jangan jatuhkan maruah orang - Salih Yaacob

Kena ada ilmu, jangan jatuhkan maruah orang – Salih Yaacob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hendak berlawak pun kena ada ilmu. Jaga maruah orang lain. Jangan tangkap muat.”

Itu pendapat pengacara dan pelawak popular, Salih Yacoob ketika diminta mengulas insiden pelakon, Will Smith menampar pengacara dan pelawak, Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Akademi ke-94 semalam.

Jelas Salih, budaya kita dan barat sangat berbeza namun generasi baharu pengacara tempatan yang kebanyakkannya lahir dari dunia komedi perlu bijak dan tidak menyentuh sensitiviti terutama melibatkan maruah orang lain.

“Saya rasa pengacara dan pelawak kita masih dalam landasan yang betul. Itu budaya mereka. Memang begitu. Cuma nasihat saya, kita jangan tiru pula. Hendak berlawak boleh, tapi jangan sampai buat orang malu.

“Kita jaga budaya dan adab. Tidak kira dalam mengacara, melawak atau menjalani kehidupan seharian. Mana yang baik kita ambil, jangan sombong dan tinggi diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Salih, untuk menjadi pengacara yang baik, latihan dalam mengendali situasi perlu dilalui dan kejayaan itu tidak datang dalam tempoh satu hari.

“Saya sendiri makan tahun untuk jadi seorang pengacara. Malah, saya sendiri datang dari latar belakang seorang pelawak. Itu tidak jadi masalah tetapi kena banyak berlayih dan tengok situasi. Jangan hentam kromo.

“Berpeganglah kepada budaya kita. Hormat menghormati orang lain. Tengok keadaan dan orang dahulu. Jangan ikut cara yang tidak betul,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya