Kempen dalam bahasa Tamil Abdul Azeez tarik perhatian pengundi

Kempen dalam bahasa Tamil Abdul Azeez tarik perhatian pengundi

ABDUL Azeez Rahim (kiri) bersama Tan Chong semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra penduduk dan petugas JR MIC di Bandar Chaah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membantu kempen calon termasuk dengan berucap dalam bahasa Tamil ketika berkempen di Chaah, di sini malam tadi. 

Beliau yang fasih berbahasa Tamil diiringi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, Tan Chong ketika itu menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk dan petugas Jalinan Rakyat (JR) MIC di Bandar Chaah yang sebahagian penghuninya berketurunan India.

“Tengok, mereka (kaum India) faham apa yang dicakapkan. Maknanya pertuturan saya betul. Apabila kita boleh menguasai pelbagai bahasa, ini antara cara kita beramah mesra sambil berkempen dengan penduduk setempat,” katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan masyarakat setempat yang hadir.

Ketika berucap pada majlis itu, Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling turut menyeru pengundi untuk menyokong calon BN termasuk memberikan majoriti yang besar di DUN Bekok.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak memberi undi terhadap parti yang tumbuh bagai cendawan setiap kali Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

“Dalam masa sama, jangan percaya kepada ahli politik ‘katak’ yang gemar melompat. Walaupun kaum India adalah minoriti di DUN Bekok namun setiap satu undi amat bernilai disebabkan kali ini pertandingan empat penjuru.

“Saya sudah beritahu sahabat saya dalam kalangan masyarakat India serta parti komponen dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan India bahawa kita jangan kehilangan kerusi DUN Bekok,” katanya.

Menurut Azeez, beliau mengharapkan khususnya pengundi kaum India di DUN tersebut terus memberikan sokongan kepada Tan Chong.

“Kalau kita menang di Bekok pelbagai manfaat dan perancangan akan dikongsi bersama. Sudah tentu masyarakat India akan turut beruntung,” tambahnya.

Tan Chong akan bertembung dalam pertembungan empat penjuru bersama Tan Lek Khang dari Perikatan Nasional (PN), M. Kanan (Pakatan Harapan) dan Sandra Segaran Aramugan (Parti Warisan Sabah). –UTUSAN

ABDUL  Azeez Rahim (kiri) bersama Tan Chong semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra penduduk dan petugas JR MIC di Bandar Chaah, Segamat.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya