Kementerian, agensi ambil langkah segera tangani banjir kilat - PM

Kementerian, agensi ambil langkah segera tangani banjir kilat – PM

BANJIR kilat melanda sekitar Jalan Melaka di pusat bandar Kuala Lumpur akibat hujan lebat yang berterusan, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak enam kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur dikenal pasti dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

Perdana Menteri berkata, susulan itu, kementerian dan agensi berkaitan telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

“Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, banjir kilat dilaporkan berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.


KENDERAAN awam yang ditenggelami air banjir kilat sekitar Jalan Melaka di pusat bandar Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air.

Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.


KEADAAN banjir kilat yangh melanda sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akibat daripada hujan hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Empat kawasan di sekitar Gombak turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas iaitu Bandar Baru Sungai Buloh,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya