Kelantan boleh tebang 19,500 hektar hutan dalam tempoh 5 tahun - Utusan Malaysia

Kelantan boleh tebang 19,500 hektar hutan dalam tempoh 5 tahun

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Catuan Tebangan Tahunan (CTT) hutan simpan diluluskan untuk Kelantan bagi tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah sebanyak 19,500 hektar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jumlah CTT itu telah ditetapkan selepas mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Kali Ke-77 yang bersidang pada September 2020.

“Kelulusan ini melibatkan pembahagian secara tahunan bermula 2021 sehingga 2025, iaitu sebanyak 3,900 hektar setahun,” katanya.

Beliau menjawab soalan Saiful Adli Abu Bakar (Pas-Salor) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Menurut Ahmad, bagi mengekang penebangan hutan haram, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) melakukan kaedah pemantauan Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS).

Turut dilakukan kata beliau, pemantauan menggunakan dron serta rondaan darat secara berkala di lokasi panas yang berpotensi berlaku pencerobohan.

“Jika didapati ada penceroboh, mereka akan ditangkap untuk dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, aktiviti pertanian di kawasan hutan dibenarkan secara terkawal dan perlu mengikut peraturan ditetapkan supaya tidak berlaku kerosakan terhadap alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya