Kelangsungan Pelabuhan Pulau Pinang perlu diberi penekanan

Kelangsungan Pelabuhan Pulau Pinang perlu diberi penekanan

TAN TEIK CHENG (tengah) menunjukkan plan Projek Link Ketiga yang merupakan projek di bawah PTMP yang turut memberi kesan kepada operasi SPPP dan PPSB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)  menyambut baik Projek Link Ketiga yang merupakan projek di bawah Penang Transport Master Plan (PTMP), namun menegaskan pertumbuhan serta kelangsungan pelabuhan tersebut perlu diberi penekanan demi kepentingan negeri itu.

Pengerusi SPPP,  Datuk Tan Teik Cheng berkata, SPPP telah memberikan ulasan berkaitan projek itu kepada kerajaan negeri pada 28 Mac lalu dan menyatakan  pendirian terhadap Projek Link Ketiga tidak berubah walaupun berlakunya perubahan kerajaan. 

Menurut Teik Cheng, sejak 2019, PPSB selaku operator pelabuhan telah dilibatkan untuk memberi ulasan terhadap Projek Link Ketiga di mana cadangan yang dipertimbangkan pada ketika itu adalah pembinaan terowong.

“SPPP pula mula dilibatkan dalam tahun 2020 melalui mesyuarat yang pertama pada 31 Januari 2020 dan seterusnya diadakan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu teknikal pada 13 Februari 2020 di Komtar, Pulau Pinang. 

“SPPP telah mengemukakan ulasan berhubung Projek Third Link kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melalui e-mel pada 20 Mei 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek Link Ketiga adalah projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bertujuan untuk menyediakan rangkaian sistem trafik  lebih efektif di bahagian pulau.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sedang menunggu ulasan bertulis daripada SPPP dan PPSB berhubung kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong dasar laut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksaan projek berkenaan.

 Tambah Teik Cheng, SPPP sehingga kini masih menekankan berkenaan kelebaran kawasan navigasi kapal di kawasan perairan di sebelah utara pelabuhan selebar 2.2 kilometer (km) yang perlu dikekalkan bagi memastikan ruang navigasi yang selamat untuk pergerakan kapal. 

“Dengan terdapatnya trend ke arah pembinaan kapal yang lebih besar dan saiz kapal yang optimum antara 13,000 TEUs hingga 15,000 TEUs untuk memasuki atau singgah di pelabuhan, kapal-kapal ini dijangkakan mempunyai draf maksimum sebanyak 16 meter.

“Kedalaman minimum yang selamat untuk ‘safe passage’ bagi kapal-kapal bersaiz ini adalah 23 meter dari aras ‘seabed’,” katanya.

Teik Cheng berkata, selain kedalaman serta kelebaran yang diperlukan untuk operasi pelabuhan yang selamat, SPPP juga menyarankan supaya pengalihan posisi pulau buatan (artificial island) jajaran Projek Link Ketiga di bahagian Bagan Ajam dapat dipertimbangkan.

“Ia perlu dipertimbang untuk dipindahkan merapat ke pesisir pantai bagi mengelakkan gangguan operasi harian Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) dan halangan kepada pemanjangan dermaga tambahan NBCT pada masa hadapan kelak,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya