Keindahan bunga lalang berlatarkan Bukit Chabang - Utusan Malaysia

Keindahan bunga lalang berlatarkan Bukit Chabang

ROSNANI NAZRI tidak melepaskan peluang merakam gambar dengan pemandangan indah bunga lalang yang berlatar belakangkan Bukit Chabang dengan suasananya seolah-olah berada di Alabama, Amerika Syarikat (AS) di Lembah Chuping, Padang Besar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seolah-olah berada di Alabama, Amerika Syarikat (AS).

Itu suasana dengan pemandangan dan panorama indah bunga lalang berlatarkan Bukit Chabang yang dapat disaksikan di Lembah Chuping, di sini sekali gus menjadi lokasi menarik orang ramai merakam gambar.

Untuk ke lokasi dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan yang tumbuh meliar itu, perlu memasuki laluan di Lembah Chuping sejauh kira-kira 500 meter dari jalan utama.

Apa yang menarik, pemandangan tersebut yang berlatarbelakangkan Bukit Chabang membuatkan gambar yang dirakam pengunjung itu seolah-olah seperti berada di luar negara.

Fenomena bunga lalang tersebut difahamkan berlaku pada penghujung musim angin timur sekitar Mac sehingga April di Perlis.

Seorang pengunjung, Rosnani Nazri, 38, berkata, pemandangan indah bunga lalang itu menjadi lokasi cukup menarik untuk merakam gambar.

Katanya yang juga seorang pensyarah, melihat pemandangan yang cukup mempesona itu, membuatkan dia cukup teruja untuk singgah merakam gambar dan video di lokasi berkenaan.

“Di Perlis ini cukup unik yang mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik dan indah. Kawasan bunga lalang di sini antara salah satu lokasi menarik untuk merakam gambar.

“Apabila saya berkunjung dan mendekati sendiri kawasan tersebut, ternyata memang cantik dan berbeza daripada bunga lalang biasa yang saya pernah lihat sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Rosnani, lokasi tersebut juga dilihat sesuai bagi pasangan pengantin merakam detik indah mereka yang berlatarkan Bukit Chabang selain keindahan bunga lalang di situ.

“Bunga lalang yang berwarna putih kekuningan itu mampu memberi kesan berbeza pada gambar sekali gus memberikan hasil gambar yang lebih cantik dan sempurna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN