Kecewa, tapi saya dah jangka pun akan tersingkir - Megat Rahim - Utusan Malaysia

Kecewa, tapi saya dah jangka pun akan tersingkir – Megat Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Berbaki dua minggu sahaja lagi untuk berjuang di pentas akhir Big Stage 2022, penyanyi, Megat Rahim, bagaimanapun terpaksa akur dengan kekalahannya pada minggu suku akhir.

Membawakan lagu Kelentang Kelentung nyanyian asal Hael Husaini, persembahannya pada malam semalam dikatakan tidak memiliki energi sepatutnya dan kelemahan itu diakui sendiri oleh penyanyi tersebut.

“Kecewa itu ada. Tapi saya memang dah jangkakan akan tersingkir sebab persembahan saya teruk. Tapi jujurnya, dari perspektif sendiri, saya rasa dah lakukan yang terbaik dan tunjukkan yang terbaik.

“Minggu ini pun bukan mudah sebab cabarannya adalah 360 darjah, di luar keselesaan saya,” katanya.

Megat berkata demikian semasa ditemui di bilik sidang media selepas selesai program tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai desakan penonton dan netizen yang selama ini juga tidak berpuas hati dengan graf persembahannya, Megat menganggap permintaan dirinya untuk tersingkir itu sudah termakbul.

“Inilah yang anda semua nanti-nantikan bukan? Sekarang saya sudah pun tersingkir. Ada dua penyingkiran pada malam ini (semalam) dan itu yang saya tak jangka. Bila diumumkan, saya sudah fikir, tak mungkin Elica Paujin akan tersingkir.

“Tapi tak mengapalah. Ini sudah namanya adat pertandingan.Kami kena terima dan mungkin di luar sana banyak lagi rezeki yang lebih luas, “katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengapa dia lebih selesa berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu, Megat menjelaskan lidahnya sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa tersebut dalam percakapan sehari-harian.

“Saya ini daripada kecil sampai sekarang, membesar dengan keluarga yang memang cakap bahasa Inggeris setiap hari. Adalah bahasa Melayu juga, rojaklah. Tapi saya akui, pernah juga masa di sekolah dulu, orang tegur, asyik cakap Inggeris saja walhal orang Melayu.

“Tak kecil hati pun, sebab semua orang tahu bahasa Melayu saya pun tidak ada masalah. Okey saja. Lagu yang saya nyanyikan juga adalah dalam bahasa Melayu selama ini. Tak ada isu,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Sinar ini memaklumkan dia bakal tampil dengan sebuah album penuh dalam masa terdekat di bawah label Najah Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya