Tiga rentung, enam anggota keluarga lain selamat dalam kebakaran

Kebakaran: Tiga rentung, enam anggota keluarga terselamat

kebakaran
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api yang sedang marak di lokasi kejadian di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Tiga ditemukan rentung sementara enam selamat dalam kebakaran dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan tiga mangsa yang rentung dikenali sebagai Sima Abdullah, 20, Abdullah Bus, 64, dan Rasidah Suut, 80.

Enam lagi anggota keluarga yang selamat masing-masing berusia lapan, 12, 25, 27, 44 dan 56 tahun.

Jurucakap Bomba berkata, mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.14 malam daripada orang awam. Lalu digerakkan aset dan anggota dari BBP Sungai Merah seramai 11 anggota diketuai PBK II Yusuf Tar. Turut membantu Balai Bantuan BBP Sibu seramai lapan anggota diketuai oleh PBK II Omar Ali ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap bomba, kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman jenis struktur tidak kekal satu tingkat.

Katanya, salah sebuah daripada rumah berkenaan musnah 100 peratus sementara sebuah lagi rosak 90 peratus.

Jarak tempat kebakaran dari BBP Singai Merah adalah empat kilometer.

Pasukan pemadam, katanya bertindak menggunakan dua aliran 200 kaki empat nozel dengan mengambil air pili bomba dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 14 minit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya