Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas kereta terjunam tali air - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas kereta terjunam tali air

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari kanak-kanak lelaki selepas kereta dinaikinya terjunam dalam tali air dekat Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki bersama ibu dan adik perempuannya terjunam ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini hari ini.

Difahamkan, kereta jenis Honda City dinaiki tiga beranak yang dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala Seberang Perak itu terbabas ketika mengelak lopak air.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Megat Mohd. Dahari Megat Jamaludin berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.19 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta telah terbabas masuk ke dalam tali air pada kedalaman 3.65 meter.

“Dua mangsa diselamatkan orang awam yang berada di lokasi manakala seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih berada dalam kereta.

“Operasi menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sedang dijalankan dengan dibantu BBP Teluk Intan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya