Kanak-kanak 11 tahun maut jatuh tingkat 4

Kanak-kanak 11 tahun maut jatuh tingkat 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut oleh bapanya selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, dekat sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa ditemukan bapanya di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil maklumat awal, bapa kanak-kanak berkenaan memaklumkan ada melihat cahaya lampu dari bilik anak lelakinya itu kira-kira pukul 2 pagi ketika bangun ke tandas. 

Kata beliau, ketika itu, bapa mangsa tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana menyangka kanak-kanak berkenaan sedang tidur.

“Bagaimanapun, ketika bapa mangsa turun ke tingkat bawah bangunan berkenaan untuk membeli sarapan pukul 8 pagi, dia melihat terdapat sosok badan terbaring di lokasi kejadian. 

“Bapa mangsa terkejut apabila mendapati sosok tubuh berkenaan adalah anaknya yang dipercayai terjatuh dari kediaman mereka terletak di tingkat empat,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, berdasarkan soal siasat awal terhadap bapa mangsa, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan selain tiada masalah dalam keluarga.

Jelas beliau, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. 

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Unit Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

 “Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan. Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya