'Kami tahu apa kami buat' - Mahdzir Khalid selar ucapan Tok Mat

‘Kami tahu apa kami buat’ – Mahdzir Khalid selar ucapan Tok Mat

SEORANG juruelektrik memasang lampu pada gambar-gambar Presiden UMNO sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap menteri UMNO adalah tidak tepat, malah ia bukan suatu perkara yang tidak wajar diungkapkan.

Ini kerana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menteri UMNO yang dilantik hari ini sudah melunaskan tanggungjawab dengan baik demi rakyat serta negara.

“Saya fikir kenyataan Tok Mat (Mohamad) itu sendiri tak tepatlah.

“Dia tak boleh ambil dari angle (sudut pandangan) sebagai orang yang di luar. Kami tahu apa yang kami buat, dan kami berusaha, sebab yang penting ialah rakyat.

“Yang penting, tiap-tiap menteri itu dia tahu tanggungjawab dan tugas masing-masing untuk bawa benda yang ada kaitan dengan kementerian (masing-masing).

“Tak wajarlah untuk dia kata begitu kepada menteri,” katanya ketika ditemui selepas melawat pameran kementeriannya sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Semalam, Mohamad semasa merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyifatkan prestasi menteri UMNO dalam kerajaan Keluarga Malaysia tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan.

Dalam masa yang sama, Mahdzir turut mengingatkan agar isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dipolemikkan kerana hak membubarkan Parlimen adalah hak Yang di-Pertuan Agong setelah dinasihati Perdana Menteri.

“Kalau kita dah bersetuju nak buat PRU, barulah Perdana Menteri mempersembahkan cadangan itu kepada Agong. Itu yang terbaik.

“Kita tak payah menimbulkan polemik mengenai bila nak buat PRU, sebab kita menghormati hak Agong.

“Kita bincang dulu, kemudian kalau kita dah setuju, kita bawalah (kepada Agong). Itu penyelesaian terbaik. Tak payah bising-bising. Riuh-rendah sekampung tak guna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya