Kalau tidak hadir mesyuarat, bagaimana nak beri pandangan? - Takiyuddin

Kalau tidak hadir mesyuarat, bagaimana nak beri pandangan? – Takiyuddin

TAKIYUDDIN Hassan bercakap kepada pemberita di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali kononnya parti itu sudah tidak mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Takiyuddin berkata, Mohd. Khairuddin sepatutnya memperincikan satu-persatu hujah beliau selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa BPMS sudah dibuang jauh ke dalam Laut Cina Selatan oleh Pas, baru-baru ini.

“Adalah tidak benar seorang ahli Pas apatah lagi ahli Jawatankuasa Kerja Pas, pimpinan tertinggi mengatakan dia tidak boleh memberikan pandangan kepada parti memandangkan ini satu jaminan dalam perlembagaan Pas.

“Cuma isunya kalau tidak hadir mesyuarat macam mana kita nak bagi pandangan? Kalau hadir mesyuarat tetapi tidak bercakap, macam mana boleh kata tiada ruang untuk beri pendapat?” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dilaporkan menulis di akaun Facebook miliknya bahawa BPMS yang selama ini menjadi dasar Pas sudah dibuang jauh ke dalam Laut Cina Selatan selain mendakwa pimpinan parti itu tidak boleh ditegur.

Mengulas lanjut tindakan Mohd. Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama keluar parti sehingga Pas hilang satu kerusi Parlimen, Takiyuddin berkata, itu perkara biasa pernah dilalui Pas atau mana-mana parti politik.

“Itu hakikatnya bila dia keluar, kita akan hilang satu kerusi. Ini bukan kali pertama Pas hilang kerusi, pada penggal ke-13 sebelum ini, ada Ahli Parlimen Pas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pun kita hilang kerusi juga.

“Sekarang kita masih ada 17 lagi kerusi Parlimen dan kita bersama Perikatan Nasional (PN) masih ada 49 kerusi Parlimen. Itulah kerusi PN setakat ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin mengesahkan Pas tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini.

“Tidak ada (jemputan) setakat saya jadi Setiausaha Agung Pas, jadi kita tak hadir (PAU) namun Pas dan UMNO masih dalam kerajaan dan kita masih di bawah Perdana Menteri UMNO dan BN (Barisan Nasional),” katanya. –Utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya