Kalau rasa premium tanah mahal, buat rayuan - MB Kelantan - Utusan Malaysia

Kalau rasa premium tanah mahal, buat rayuan – MB Kelantan

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan atau berdepan masalah untuk  melunaskan bayaran premium tanah boleh mengemukakan rayuan supaya diberikan pengurangan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, rayuan pengurangan bayaran premium itu boleh dikemukakan kepada Ketua Jajahan masing-masing untuk diangkat kepada kerajaan negeri.

“Pihak berkuasa negeri akan membuat pertimbangan terhadap permohonan berpandukan kepada asas dikemukakan oleh Ketua Jajahan sebelum membuat potongan sama ada 30 peratus, 20 peratus.

“Kerajaan negeri memberi milik tanah kepada rakyat dengan kadar bayaran premium. Jika rasa mahal, mereka boleh membuat rayuan untuk pengurangan dan apa yang pasti, kita tidak jual tanah kepada rakyat” katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Abdul Aziz Yusoff (BN-Nenggiri) sama ada kerajaan negeri akan mengurangkan bayaran premium tanah bagi membantu rakyat miskin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, buat masa ini, kadar premium tanah dikekalkan kerana kerajaan negeri sudah membuat pindaan terkini pada 2016 dan proses itu hanya boleh dilakukan dalam tempoh 10 tahun sekali.

“Untuk makluman, kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai perkara ini. Jadi bolehlah kemukakan cadangan kepada kerajaan negeri sama ada mahu naik atau turun cukai tanah untuk digubal pada 2026 nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya