Kalah itu biasa bagi Pas - Mohd. Khairuddin

Kalah itu biasa bagi Pas – Mohd. Khairuddin

PENYOKONG BN bersorak gembira selepas parti itu menang selesa dan PRN Johor, semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kekalahan Pas di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sesuatu perkara luar biasa. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas bersedia untuk kalah dan menang dalam mana-mana pilihan raya kerana neraca kemenangan bukan terletak pada jumlah undi, sebaliknya kepada kerja-kerja perjuangan. 

Katanya, walaupun belum menang di Johor, Pas terus mencuba dengan strategi yang baharu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kalah biasa bagi Pas, menang itu yang luar biasa.

“Pas boleh terus berjihad sebagai pembangkang kepada kerajaan mahu pun pembangkang yang mesra dan bersikap matang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam tadi. 

Dalam PRN Johor kali ini, Pas merampas kembali DUN Maharani menerusi calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Aziz Talib yang meraih 7,559 undi sekali gus menewaskan lima calon lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang mendapat 5,861 undi. 


MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Mohd. Khairuddin berkata, Pas berpotensi menang semula DUN Bukit Pasir jika dicampur undi calonnya, Mohd. Nor Iqbal Razak dengan penyandangnya yang bertanding Bebas, Najib Lep. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepemimpinan Pas membuat strategi yang tepat dan kajian lebih halus susulan keputusan PRN Johor. 

“Harus mendengar pandangan ahli bawahan dan jentera tempatan yang hidup bergelumang dengan rakyat setempat untuk kita mengukur baju di badan sendiri. 

“Kerja dakwah perlu diteruskan di samping ahli dan penyokong terus ditambah manakala cawangan-cawangan pula dibuka bermula sekarang. Satu hari kemenangan pilihan raya akan dicipta, cuma masa sahaja menentukan cepat atau lambat,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya