Jenayah kekerasan, harta benda di Pulau Pinang menurun - Utusan Malaysia

Jenayah kekerasan, harta benda di Pulau Pinang menurun

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Indeks jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sebanyak 37.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 614 kes direkodkan berbanding nilai ambang 989 kes iaitu berkurang 375 kes.

“Bagi jenayah kekerasan direkodkan sebanyak 139 kes dan menunjukkan penurunan sebanyak 101 kes bersamaan 42.2 peratus berbanding nilai ambang,” katanya dalam sidang akhbar sambutan Hari Polis ke-215 dan Soft Launching Penang 2nd Bridge PDRM 2022 Solidarity Fun Ride di pekarangan IPD Timur Laut, di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi jenayah harta benda pula sebanyak 475 kes direkodkan dan menunjukkan penurunan sebanyak 274 kes bersamaan 36.6 peratus berbanding nilai ambang bagi tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, semua anggota polis Pulau Pinang diingatkan sentiasa menjaga integriti ketika bertugas.

“Polis sentiasa bekerjasama dengan masyarakat supaya mereka lebih selesa  dalam menyalurkan maklumat,” katanya.

Tambah beliau, PDRM Pulau Pinang juga ketika ini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan bagi mengkaji serta menambah baik perkhidmatan.

“Usaha ini dapat membantu polis agar lebih tersusun dan lebih ilmiah akan perihal permasalahan dalam masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya