Jangan cepat lupa diri apabila diberi kuasa - Wan Saiful

Jangan cepat lupa diri apabila diberi kuasa – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan ahli parti itu tidak lupa diri apabila mendapat kuasa dan jawatan.

Katanya, kuasa dan jawatan bukan usaha seorang diri semata-mata tetapi adalah kerjasama pelbagai pihak. 

“Mereka yang diberikan amanah kedudukan dan kuasa, jangan terlalu cepat lupa kepada orang lain yang membantu meletakkan kita di kedudukan itu. 

“Kedudukan itu bukan hasil seorang diri, tetapi sudah pasti ramai yang berusaha secara bersama,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Pada masa sama, beliau enggan melihat partinya sekadar mempunyai hubungan antara pucuk pimpinan dan akar umbi tetapi lebih kepada hubungan persahabatan dalam parti.

“Dalam perjuangan membawa perubahan, ukhuwah sebagai sahabat amat penting. Bukan hanya hubungan birokrasi berdasarkan jawatan sahaja. 

“Kita mesti jadikan hubungan sesama kita sebagai hubungan berteraskan persahabatan agar rakan kita menjadi pelengkap kepada kelemahan kita dan kita juga sentiasa lapang dada apabila ditegur dengan ikhlas oleh rakan-rakan seperjuangan,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat Bersatu tidak boleh membenarkan wujudnya sikap terlalu cepat terlupa kepada jasa sahabat-sahabat. 

“Sebaliknya kita mesti membudayakan ukhuwah yang saling menghargai usaha dan sumbangan sebegitu ramai pejuang di sekeliling kita. 

“Budaya ukhuwah yang saling menghargai mesti disemai dalam parti agar kita menjadi satu rumpun yang sentiasa memperkukuhkan antara satu sama lain,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya