Jangan buat content persenda Islam

Jangan buat content persenda Islam

TANGKAP layar ‘solat jemaah online pakwe makwe’ memaparkan pasangan kekasih sedang solat berjemaah menerusi panggilan video atau video call.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan individu tertentu membuat kandungan video atau content dalam media sosial berkaitan solat jemaah secara online yang tular di TikTok dan Instagram baru-baru ini. diselar kerana dianggap mempersenda Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen  Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kali Ke-6 di Kompleks Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Terdahulu tular dalam media sosial video ‘solat jemaah online pakwe makwe’ yang memaparkan pasangan dipercayai kekasih sedang solat berjemaah bersama-sama menerusi panggilan video atau video call. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya