Jangan bimbang, tanah Sabah cukup untuk pertanian - Utusan Malaysia

Jangan bimbang, tanah Sabah cukup untuk pertanian

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah masih mempunyai kawasan yang cukup luas untuk membangunkan sektor pertanian.

Walaupun sebahagian kawasan digunakan untuk pembangunan sektor hartanah, itu tidak menjadi masalah untuk Sabah.

Demikian pandangan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang mendakwa kerenah kerajaan negeri menjadi antara punca kerajaan terpaksa mengimport makanan bernilai RM63.6 bilion tahun lalu.

Hajiji berkata, pada masa ini kawasan pertanian di Sabah belum digunakan sepenuhnya jadi, jangan bimbang tanah di negeri ini mencukupi bagi pembangunan sektor pertanian.

“Kita tiada isu. Banyak lagi tanah kita yang belum dimajukan dalam bidang pertanian jadi, kalau ada setengahnya diguna untuk pembangunan perumahan, itu tidak menjadi masalah,” katanya selepas pelancaran Gabungan Keselamatan Pelancongan (TSAM) Sabah hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan MAFI mendakwa kerenah kerajaan negeri yang didakwa gagal menyediakan kawasan baharu untuk pertanian serta keghairahan menukar status tanah pertanian kepada projek hartanah menyebabkan negara terpaksa mengimport makanan bernilai RM63.6 bilion tahun lalu.

MAFI juga menyatakan kebergantungan import makanan yang tinggi turut dikaitkan dengan isu pembangunan tanah pertanian yang tertakluk di bawah pihak berkuasa kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN