Jambatan runtuh: Penduduk kena guna jalan alternatif

Jambatan runtuh: Penduduk kena guna jalan alternatif

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Penduduk Kampung Temalir dan Kampung Temalir Lama di sini, diminta menggunakan jalan alternatif sementara menunggu jambatan besi yang runtuh akibat arus deras ketika bah kuning 2014 dibaik pulih.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Mohd. Fauzi Abdullah berkata, jalan alternatif melalui Kampung Mengkebang yang daif dan tidak diturap sempurna akan dinaik taraf bagi memastikan keselesaan orang ramai.

“Masalah jambatan besi di Kampung Temalir mendapat perhatian Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebelum dimajukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk tindakan lanjut.

“Sementara masalah ini diselesaikan, saya cuba fokus kepada pembangunan jalan alternatif supaya penduduk boleh menggunakannya dengan selesa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kata Mohd. Fauzi, antara langkah segera dilakukan ketika ini adalah menabur batu kerikil di sepanjang jalan alternatif kampung itu agar mudah dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan dan tidak mudah rosak selepas hujan.

Semalam, akhbar ini melaporkan kehidupan lebih 2,000 penduduk di situ sukar sejak jambatan besi kekal berusia 20 tahun yang menghubungkan kedua-dua kawasan dihanyutkan arus deras ketika Bah Kuning pada 2014.

Ketiadaan jambatan kekal memaksa mereka bergadai nyawa meniti batang pokok pinang untuk menyeberangi Sungai Temalir selebar 200 meter yang memisahkan Kampung Temalir dengan Kampung Temalir Lama.

Difahamkan, penduduk sudah beberapa kali bergotong-royong membuat jambatan sendiri menggunakan kayu-kayan tetapi binaan tersebut runtuh pula setiap kali musim tengkujuh melanda. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya