PETALING JAYA: Banjir terbaru yang melanda Kelantan dan Terengganu menyukarkan pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa-mangsa yang berdepan musibah itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Biro Program Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares), Muhamad Rosni Khamis berkata, kesukaran tersebut terutama selepas kebanyakan jalan besar di kedua-dua negeri itu ditenggelami air. Namun, menurut beliau, kesukaran itu dapat diatasi hasil kerjasama dengan beberapa NGO lain yang mempunyai kemudahan dan anggota yang lebih ramai. “Kita sentiasa bekerjasama dengan beberapa NGO seperti Persatuan Generasi Sejahtera (iSejahtera) untuk membantu mangsa banjir.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya