JAIP kaji, teliti keputusan solat tanpa penjarakan fizikal  

JAIP kaji, teliti keputusan solat tanpa penjarakan fizikal  

SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) masih mengkaji dan meneliti ketetapan baharu berkaitan kebenaran solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di seluruh masjid dan surau di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri belum membuat keputusan berhubung kebenaran itu.

Menurutnya, hasil kajian itu nanti, JAIP menyerahkannya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) untuk penilaian lanjut.

“Keputusan itu bergantung kepada  kelulusan MKN (Pahang) dan JKNP yang berada dalam Jawatankuasa Task-force Covid-19 di Pahang. Bila perkara itu (solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal) dipersetujui, kertas kajian itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan baginda.

“Sehingga setakat ini, Pahang masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini dan keputusan berhubung ketetapan baharu dimaklumkan kelak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan SOP tersebut juga masih tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya