Isteri bekas Ketua Menteri Sabah meninggal dunia

Isteri bekas Ketua Menteri Sabah meninggal dunia

RAHIMAH STEPHENS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isteri bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama, Toh Puan Rahimah Stephens, 92, meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung pagi tadi.

Jenazah isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga, Tun Fuad Stephens itu difahamkan masih berada di salah sebuah hospital swasta.

Anaknya, Fauziah Stephens mengesahkan berita pemergian ibunya kepada akhbar tempatan hari ini.

Allahyarhamah merupakan bekas Menteri Kebajikan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama Sabah pada tahun 1976.

Pada tahun 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) sebelum dijenamakan semula sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO).

Beliau meninggalkan tiga anak iaitu Asgari, Faridah dan Fauziah Stephens. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya