Insiden tampar Chris Rock, Will Smith mohon maaf - Utusan Malaysia

Insiden tampar Chris Rock, Will Smith mohon maaf

US actor Will Smith accepts the award for Best Actor in a Leading Role for "King Richard" onstage during the 94th Oscars at the Dolby Theatre in Hollywood, California on March 27, 2022. (Photo by Robyn Beck / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pelakon terkenal, Will Smith, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy serta seluruh penggiat seni berhubung tindakannya ‘menampar’ wajah selebriti Chris Rock  ketika acara tersebut berlangsung.

Perkara tersebut dilakukan pelakon filem King Richard itu ketika dia menyampaikan ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022).

“Ini merupakan peristitwa yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini. Ini bukan soal saya memenangi anugerah.

“Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… Namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.” tuturnya bernada sebak.

Sebelum ini, lantaran mahu mempertahankan maruah isteri, Will Smith, telah bertindak menampar wajah Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California.

Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya