Industri ikan air tawar dipromosi ke peringkat antarabangsa

Industri ikan air tawar dipromosi ke peringkat antarabangsa

RONALD Kiandee (tengah) melepaskan benih ikan air tawar serentak seluruh negara pada Program Jelajah Perikanan di Anjung Tasik Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersedia mempromosikan industri ikan air tawar tempatan ke pasaran antarabangsa. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Malaysia mempunyai potensi besar meneroka pasaran itu memandangkan negara mempunyai banyak tasik dan badan kawal selia air. 

Beliau berkata, selama ini, negara ini banyak memberi tumpuan kepada sumber ikan dari laut dan sudah tiba masanya untuk mempromosikan industri ikan air tawar ke pasaran lebih besar. 

“Menerusi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, kami turut mempromosikan industri akuakultur yang mana ia meliputi sektor ikan air tawar. 

“Subsektor ikan air tawar adalah sektor penting yang perlu diteroka bagi mengimbangi Dasar Agromakanan Negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Benih Ikan dan Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar di sini, hari ini. 

Terdahulu, Ronald berkesempatan melepaskan sebahagian 100,000 ekor benih ikan air tawar ke dalam Tasik Putrajaya termasuk ikan kelah, temoleh, lampam sungai, baung, siakap dan udang galah. Program sama turut berlangsung serentak di seluruh negara membabitkan pelepasan keseluruhan 1.85 juta ekor benih ikan air tawar bernilai RM900,000. 

Ronald berkata, pelepasan ikan ini bertujuan menambah stok perikanan negara selain memastikan stok ikan darat sentiasa ada serta membantu memulihara ekosistem perikanan darat. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya melantik Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sebagai Ikon Konservasi Sumber Perikanan bagi mempromosikan program perikanan membabitkan konservasi perikanan dan produk perikanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya