Imigresen bersedia terima kemasukan pengembara - Utusan Malaysia

Imigresen bersedia terima kemasukan pengembara

KHAIRUL Dzaimee Daud (tengah) ketika mengetuai serbuan ke atas warga asing yang ditahan dalam Op Mega JIM di sebuah kilang di Senai, Kulai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Jabatan Imigresen sentiasa bersedia untuk beroperasi semula secara sepenuhnya di pintu masuk negara susulan langkah pembukaan sempadan tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua sistem laluan automatik (autogate) terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga sudah diaktifkan.

Malah, pegawai-pegawai bertugas di pintu masuk yang sebelum ini dihantar ke depoh sementara yang dibuka sepanjang pandemik ini juga akan dipanggil semula untuk kembali ke tugas asal mereka.

“Dari segi persediaan saya boleh katakan Imigresen telah pun bersedia terutama di dua pintu masuk utama iaitu KLIA dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor ini,” katanya selepas mengetuai Op Mega Imigresen di sini, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah itu membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara pada minggu depan.

Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet kelmarin sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pintu sempadan negara ditutup sepenuhnya pada 18 Mac 2020 ekoran penularan kes Covid-19 di seluruh dunia ketika itu yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap penduduk negeri ini berulang-alik ke Singapura.

Aktiviti ekonomi juga turut terjejas ekoran penutupan pintu sempadan yang kini hanya dibuka mengikut kategori tertentu seperti inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya