Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

IDRUS HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 6 Mac lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145  Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu memegang jawatan Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Idrus, 67, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya