Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti

Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti

BEBERAPA orang penduduk membawa beg berisi barangan keperluan yang diambil dari rumah mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang yang berlaku lewat petang Khamis. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Identiti lima mangsa dalam kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai 2 di Ampang dekat sini semalam telah dikenal pasti.

Empat mangsa disahkan maut iaitu Chong Siew Kim, 85, diikuti E. Ramasamy, 58; A. Mahendran, 36, dan Mohd. Saiful Ridzuan Ishak, 37.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang cedera iaitu Cheng Kim Cheng, 85 tahun dan masih menerima rawatan di Hospital Ampang.

MOHAMAD FAROUK ESHAK

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, proses pengecaman kesemua mangsa yang maut telah dilakukan oleh keluarga.

Bagaimanapun, kata beliau, proses bedah siasat ketika ini masih berjalan. 

“Kes ini kita klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohamad Farouk, pihaknya juga akan menempatkan 30 pegawai dan anggota dari Balai di lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan kediaman-kediaman yang dikosongkan. 

Selain itu, pondok polis juga dibuka di lokasi kejadian bagi memudahkan penduduk terjejas membuat laporan berkaitan kejadian tanah runtuh tanpa perlu hadir ke balai.

“Justeru itu, penduduk boleh buat laporan polis di lokasi kejadian dengan bantuan pegawai dan anggota yang berada di lokasi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya