Hutang LPT2: Terengganu mahu RM1.43 bilion dibayar tunai - Utusan Malaysia

Hutang LPT2: Terengganu mahu RM1.43 bilion dibayar tunai

AHMAD Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mahu pihak Pusat melangsaikan baki hutang sebanyak RM1.43 bilion menerusi projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) secara pembayaran tunai.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, status baki hutang berkenaan akan diputuskan dalam rundingan terakhir dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya pada Isnin ini.

Beliau bagaimanapun memberi bayangan, proses perbincangan kini ke arah positif berbanding respons tidak produktif yang diterima pada Oktober lalu.

Hasil rundingan baru kita ke arah mencapai persetujuan, tetapi saya tidak boleh sebut lagi hingga selesai perbincangan terakhir dengan Menteri Kewangan pada 28 Mac ini.

“Kita akan tahu hala tuju bagaimana selanjutnya perjalanan baki hutang itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sebelum ini, pembayaran dana khas RM1.43 bilion itu tertangguh lama disebabkan hutang berkenaan tidak diiktiraf Pusat.

Berdasarkan surat yang ditandatangani oleh seorang individu di Kementerian Kewangan menganggap Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hutang dengan kerajaan negeri hingga 2021.

Terdahulu, dalam penggulungannya, Ahmad Samsuri berkata, tuntutan semula bagi projek LPT2 berjumlah RM1.85 bilion, bagaimanapun pihak Pusat sudah membayar balik sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek.

Katanya, projek itu ialah Jalan FT3 Awana Kijal yang melibatkan kos RM118.5 juta dan rumah mampu milik (RM 100 juta) di samping pendahuluan tunai (RM200 juta). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya