Hujan reda di Terengganu, Kelantan

Hujan reda di Terengganu, Kelantan

Empat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dari Sekolah Menengah Agama Pohon Buloh meredah air banjir ketika balik dari kelas tambahan di Kampung Senor Pasir Mas di sini semalam. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan di kebanyakan daerah di negeri ini dan Kelantan sudah berhenti namun jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan di kedua-dua negeri tersebut terus meningkat.

Di Kuala Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang ini, semua 13,971 mangsa melibatkan 3,875 keluarga ditempatkan di 160 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Katanya, dua daerah kini merekodkan mangsa banjir melebihi 3,000 orang dengan yang tertinggi di Kemaman seramai 4,420 orang diikuti Hulu Terengganu (3,696 orang).

“Di Dungun, mangsa mence­cah 2,000 orang manakala di Besut pula angka menurun kepada 1,622 orang, Setiu (1,291 orang), Kuala Terengganu (614 orang), Kuala Nerus (324 orang) dan Marang (lima orang),” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Sekretariat itu berkata, cuaca di Kuala Terengganu beransur baik semalam, namun di tujuh daerah lain masih hujan dan mendung.

Di Kota Bharu, banjir di Ke­lantan reda dengan cuaca baik di sebelah pagi manakala mang­sa banjir yang ditempatkan di 53 PPS membabitkan tujuh jajahan berkurangan kepada 7,990 orang.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) me­laporkan di Pasir Mas bah paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 5,981 orang setakat pukul 4 petang semalam, berbanding 4,505 orang pada sebelah pagi.

Ini diikuti Kuala Krai yang merekodkan mangsa banjir se­ramai 1,217 orang, Tanah Merah (615 orang), Pasir Puteh (300 orang), Machang (229 orang) dan Jeli (34 orang). Semua PPS di Kota Bharu pula sudah ditutup sepenuhnya.

Sementara itu, ebanjir.kelantan.gov.my. melaporkan bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Su­ngai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya