Hospital pengajar Unimas 300 katil siap 2023

Hospital pengajar Unimas 300 katil siap 2023

Dr. Mohamad Kadim Suaidi (dua,kanan) dan Dr. Au Yong Kien Hoe menunjukkan MoU yang ditandatangani di Kota Samarahan Sarawak hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, kini dalam sedang menyiapkan kerja-kerja pembinaan hospital pengajar berkapasiti 300 katil yang dijangka siap 2023. 

Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, hospital pengajar tersebut kelak akan mewujudkan satu situasi menang-menang kepada penduduk Sarawak terutamanya bagi mendapatkan perkhidmatan dan nasihat perubatan yang ditawarkan.

“Hospital pengajar ini bukanlah pesaing kepada pusat perubatan yang lain, malah, ia merupakan komplimentari kepada yang sudah lama beroperasi. 

“Justeru, apabila siap nanti ia akan menonjolkan bahagian selatan Sarawak sebagai hab perubatan yang unggul di Kepulauan Borneo selain sebagai pusat pendidikan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Unimas dan Normah Medical Specialist Centre (NMSC) di universiti berkenaan di sini, hari ini. 

Beliau menjelaskan bahawa kerja-kerja pembinaan hospital berkenaan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2023.

Antara objektif utama MoU ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dari segi perkhidmatan kepakaran dan pendidikan perubatan selain meneroka peluang untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan.

“MoU tersebut diadakan bagi meneruskan kerjasama yang utuh di antara kedua-dua pihak yang telah lama terjalin.  

“Kali terakhir  MoU itu ditandatangani adalah pada tahun 2015,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap MoU tersebut saling memperkukuhkan hubungan kedua-dua pihak dan seterusnya menyemarakkan lagi perkhidmatan kesihatan di Sarawak menerusi jalinan kerjasama perkhidmatan klinikal, pendidikan perubatan dan penyelidikan.

Kata beliau, Unimas telah berjaya melahirkan 59 orang doktor pakar semenjak 2007.

Pada majlis tersebut Mohamad Kadim mewakili Unimas manakala NMSC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr. Au Yong Kien Hoe.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya