Herjunot Ali enggan kahwini wanita agama lain - Utusan Malaysia

Herjunot Ali enggan kahwini wanita agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon tampan, Herjunot Ali menegaskan dia tidak akan sekali-kali mengahwini dan menjalani kehidupan dengan wanita bukan Islam.

Lapor portal Liputan6, Pelakon drama Di Sini Ada Setan itu berkata, hal demikian adalah kerana dia mahu bakal isterinya nanti percaya kepada Tuhan yang sama.

“Kalau aku berkeluarga, ketika ada masalah, aku mahu kami semua berdoa kepada Tuhan yang sama,” jawabnya ringkas.

Tambah Herjunot lagi, dalam hidup berumah tangga, dia mahu menjadi imam kepada makmum yang beriman kepada agama yang sama.

“Dan makmum itu harus ikut imamnya. Tetapi pendapat ini hanya untuk aku dan orang-orang yang aku peduli,” katanya lagi.

Dalam pada itu, aktor berketinggian 178 sentimeter ini juga menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan individu lain yang memutuskan untuk menjalani kehidupan berumah tangga dalam kepercayaan agama yang berlainan.

Katanya, itu bukan perkara yang menjamin kebahagiaan rumah tangga.

“Pendapat aku umum, asalkan kamu bahagia dengan pasanganmu dan saling mempunyai komitmen yang sama,” ujarnya.

Herjunot sebelum ini merupakan seorang model yang memulakan karier seni sebagai hos yang bakatnya dicungkil menerusi MTV VJ Hunt pada tahun 2004.

Sehingga kini dia telah dalam 13 buah filem, termasuk Jeritan Malam dan The Doll 2.

Pelakon kacak ini pernah tercalon bagi kategori Pelakon Terbaik di Indonesian Choice Awards pada tahun 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya