Hasrat naik pentas konvokesyen dua beradik tak kesampaian

Hasrat naik pentas konvokesyen dua beradik tak kesampaian

NUR' Inani Husna Ahmad Nahar (tengah) bersama ibu bapanya menunjukkan gambar Muhammad Nafisselepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Melaka, semalam. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Hasrat dua beradik mengambil sijil bersama-sama selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak kesampaian selepas seorang daripadanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Nur’ Inani Husna Ahmad Nahar, 26, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Melaka semalam berkata, sepatutnya sijil itu diambil bersama-sama arwah adiknya, Allahyarham Muhammad Nafis.

Katanya, dia dan adiknya masing-masing melanjutkan pengajian dalam jurusan kulinari di Kolej Komuniti Bukit Beruang dan jurusan landskap di Kolej Komuniti Selandar yang mana tamat pengajian pada sesi sama.

“Kami merancang mengambil sijil bersama-sama, memang adik pun teruja tetapi saya tidak sangka hanya mewakilinya untuk mengambil sijil.

“Adik meninggal dunia dua tahun lalu pada usianya 20 tahun selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika dalam perjalanan setelah membantu kawannya mengutip hasil buah di Hulu Langat, Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nur’ Inani Husna memberitahu, dia dan adiknya ada merancang untuk membuka perniagaan keluarga selepas tamat pengajian.

“Kami memang rapat, masa di rumah adiklah yang banyak membantu saya memperbaiki kemahiran memasak dan kami ada bincang untuk membuka perniagaan keluarga.

“Walaupun sudah dua tahun, pemergiaannya masih dirasai saya sekeluarga apatah lagi dia adalah anak bongsu daripada lima beradik,” jelasnya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 1,395 graduan dari enam Kolej Komuniti diraikan melibatkan dua program diploma dan 14 program sijil yang tamat pengajian pada 2019 dan 2020. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya