Guru bersara awal hampir menyamai jumlah bersara wajib

Guru bersara awal hampir menyamai jumlah bersara wajib

MOHD. Radzi Md. Jidin beramah mesra dengan murid ketika meninjau hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka di SK Syed Idrus, Chemor, Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah guru bersara awal hampir menyamai kadar guru yang bersara wajib, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan sedang memperincikan maklumat mengenai perkara itu sebelum dikongsikan kepada umum. 

Katanya, perkara itu memerlukan perincian menyeluruh termasuk corak atau trend yang mendorong guru-guru bersara lebih awal. 

“Kita akan melihat perincian data perkara itu,  bukan sahaja dari jumlah  tetapi perkara-perkara lain termasuk apabila ramai yang bercakap macam-macam. 

“Kita juga sedang menyusun data untuk melihat puncanya satu persatu  termasuk bagaimana keadaan guru dan tempoh mereka dalam bidang ini sebelum membuat keputusan bersara awal,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi kalendar akademik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, dekat sini, hari ini. 

Februari lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan, ada guru yang memohon bersara awal akibat tekanan berikutan Covid-19 di negeri ini.

Begitupun, Saarani menyeru agar guru terlibat tidak mengambil keputusan meletak jawatan atau bersara awal disebabkan Covid-19 memandangkan mereka adalah ejen perubahan masyarakat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya