GPS sentiasa stabil dan berdiri sendiri buat masa ini

GPS sentiasa stabil , berdiri sendiri buat masa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap stabil dan mampu berdiri sendiri buat masa ini, kata Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai pandangan beliau bagi mengulas pendapat penganalisis politik James Chin yang sebelum ini mengatakan GPS memerlukan “booster” untuk kekal sebagai “king maker” di persekutuan.

SNOWDAN LAWAN

Jelasnya, matlamat utama GPS menyokong kerajaan Pakatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk memastikan negara mempunyai kerajaan persekutuan yang stabil.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak berkata, di peringkat negeri GPS memiliki 76 dariada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang jelas membuktikan keutuhan GPS di peringkat negeri.

“Semasa PRN12 kami dapat merampas semula kerusi yang kami hilang (tewas) semasa pilihan raya negeri ke-11 pada tahun PRN11 pada 2016.

“Jika keputusan PRN-12 adalah penunjuknya, begitu juga PRU15 akan datang juga tidak akan mengejutkan,” tambah beliau.

Snowdan berkata sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan GPS sudah pun berada dalam mod berjaga-jaga dan bersedia untuk menghadapinya.

Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak di mana 18 daripadanya kini disandang oleh GPS.

Menurut Snowdan lagi, hakikatnya dalam mana-mana pilihan raya, setiap parti cuba memenangi seberapa banyak kerusi, lebih-lebih lagi jika ia adalah kerajaan yang memerintah untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Bagi GPS, katanya perjuangannya adalah untuk membangunkan negeri Sarawak setiap hari sebagai menepati manifesto pilihan raya, bukan hanya menabur janji semasa pilihan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya