SHAH ALAM: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi sebanyak 1,782 dalam pemilihan CEC DAP diikuti Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641 undi) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (1,625 undi).
Mereka memperoleh undi lebih banyak berbanding Guan Eng (1,311 undi), Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suih Sim (1,373 undi); Ahli Parlimen Cheras, Kok Wai (1,263 undi) dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Ngar Kor Ming.
Sementara Young Syefura Othman yang memenangi jawatan Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) memperoleh 991 undi berada di hadapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dengan 978 undi.
Ketua DAPSY, Dr. Kelvin Yii Lee tidak bertanding dalam pemilihan CEC yang berlangsung dalam Kongres DAP Ke-17 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.
Young Syefura yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari satu-satunya calon Melayu yang berada senarai 30 tertinggi yang terpilih sebagai ahli CEC.
Bagaimanapun, sembilan calon Melayu yang bertanding tidak terpilih dalam CEC. Mereka ialah Abdul Aziz Bari, Abdul Aziz Isa Marindo, Azaha Abdul Rani, Mohammad Basar Umar, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Wan Hamidi Hamid dan Zairil khir Johari.
Seramai 93 pemimpin bertanding dalam pemilihan CEC DAP pada kali ini.
Berikut adalah senarai 30 calon yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan CEC:
- Gobind Singh Deo
- Chow Kon Yeow
- Anthony Loke Siew Fook
- Teresa Kok Suih Sim
- Hannah Yeoh Tseow Suan
- Fong Kui Lan
- Steven Sim Che Keong
- Lim Guan Eng
- Ng Sze han
- Ng Suee Lim
- Tan Kok Wai
- Nga Kor Ming
- Kulasegaran Murugeson
- Lim Lip Eng
- Lim Hui Ying
- Chong Chieng Jen
- Alice Lau Kiong Yieng
- Chan Foong Hin
- Teo Nie Ching
- Ronnie Liu Tian Khiew
- Wong Kah Woh
- Liew Chin Tong
- Tan Hong Pin
- Young Syefura Othman
- Kasthuriraani Patto
- Teo Kok Seong
- Thomas Su Keong Siong
- Vincent Wu Him Ven
- Wong Shui Qi
- Jannie Lasimbang