ekuinoks lebih lewat

Fenomena ekuinoks Malaysia berlaku lebih lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warga Lembah Klang dijangka hanya dapat menyaksikan fenomena ekuinoks atau tengah hari tanpa bayang yang berlaku lewat beberapa hari dan bukannya esok.

Menurut kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor, peristiwa awal musim bunga itu dijangka terjadi berbeza tarikh di Semenanjung Malaysia pada akhir minggu ini dan juga minggu depan.

“Di ibu negeri Selangor, Shah Alam, fenomena alamiah falak tahunan itu akan berlaku pada 28 Mac manakala di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, ia bakal berlaku pada 30 Mac ini,” katanya.

Kenyataan ringkas itu sebagai merujuk hantaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang disiarkan menerusi laman sosial rasmi Planetarium Negara Kuala Lumpur pada kelmarin yang menyatakan bahawa ekuinoks berkenaan akan dapat dirasai di Kota Tinggi, Johor pada 25 Mac sementara Putrajaya pada 28 Mac dan Kuala Terengganu, Terengganu pada 3 April ini.

Ekuinoks musim bunga kelazimannya berlaku pada 21 Mac setiap tahun apabila matahari akan terbit di garisan lintang imaginasi bumi yang dikenali sebagai Khatulistiwa iaitu di 0 darjah.

Berdasarkan kiraan sains astronomi, penampakan matahari akan kelihatan terbit seperti biasa tepat pada kedudukan 90 darjah Timur dan kemudian terbenam pula pada 270 darjah Barat.

Pada waktu tersebut, tempat yang berada di garisan tersebut antaranya Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami keadaan waktu tengah hari tanpa ada bayang langsung.

Ketika tarikh tersebut, seluruh dunia akan menghadapi tempoh masa siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing genap sebagai 12 jam siang dan baki 12 jam lagi malam.

Fenomena ini akan berlaku sekali lagi pada 22 September ini yang dikenali sebagai ekuinoks musim luruh dan peristiwa sebegini menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong asing. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN