Fasa Endemik sehala, kementerian sedia sebarang kemungkinan

Fasa Peralihan Endemik sehala, kementerian sedia sebarang kemungkinan – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN menafikan aplikasi MySejahtera dijual kepada swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin peralihan Malaysia ke Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam adalah bersifat sehala.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersedia untuk melihat sebarang kemungkinan termasuk meneliti kelonggaran yang diberikan.

“Salah satu perkara yang saya sudah menasihati Jemaah Menteri adalah sekiranya muncul varian baharu, yang lebih ganas daripada Omicron. Bukan saja Malaysia, tetapi negara lain pun mesti kaji semula protokol pembukaan mereka.

“Berdasarkan maklumat dan data yang ada, kerajaan yakin peralihan endemik ini adalah bersifat sehala, namun kementerian tidak boleh menolak kemungkinan muncul varian baharu atau perubahan dari segi sifat virus ini.

“Jadi, contoh jika kita sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan syorkan kepada kerajaan langkah-langkah tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Fasa Peralihan Endemik akan ditarik semula jika sistem kesihatan negara lumpuh apabila berlaku peningkatan kes ekoran kelonggaran yang berikan dalam fasa berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasa peralihan endemik negara mulai 1 April ini, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas di semua peringkat.

Katanya, Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

Beliau berkata, fasa berkenaan juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya